Rabu, 24 Ogos 2011

Kemanisan iman itu..

Alhamdulillah walhamdulillah walhamdulillah. alhamdulillah hari ni, 24 ramadhan 1432H. Allah memberi nikmat untuk merasai ramadhan kali ni dan inshaAllah, ramadhan terakhir di bumi syam(jordan) ini. Dalam menjalani rutin harian hidup, diri kita sentiasa diuji dan diuji, tarbiah oleh Allah buat hambaNya yang dikasihi dan disayangi. Diuji dengan perasaan, diuji dengan keletihan fizikal, diuji dengan kekusutan fikiran,"penatnya kelas hari ni pagi sampai petang, gap 15 minit je, masak lambat sikit blh?", ada pula yang merungut "sorry, tak dapat datang, ada hal..lain kali ye" kadang-kadang menguji nilai ukhuwah sesama akhawat.


Namun, ujian Allah tak pernah membawa kerugian, ujian yang diberi membawa kita untuk menguji sejauh mana usaha kita untuk membawa bekalan kita untuk akhirat nanti, khususnya dalam berusaha mencapai redha Allah dalam rutin harian kita.


"Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik" Al-Isra':19


Bagaimana nilai ukhwah itu terserap bila mana setiap individunya berusaha untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk bertemu tuhanNya. Mungkin ada kalanya tersalah sangka dengan sikap dan perangai certain akhawat yang kelihatan tidak produktif dalam amalannya. Namun, pandangan mata yang melihat, Allah jua yang menilai hitam putihnya, berat dan ringan nya amalan seseorang. Di sini, nilai mahabbah fillah membawa potensi besar untuk mewujudkan ikatan sesama akhawat yang kukuh dan utuh. Dan nilai ukhuwah ini sangat menitikberatkan kekuatan iman itu sendiri. Sebagaimana hadith rasulullah saw..

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)


Jikalau dititipkan sirah sahabat-sahabat r.a mereka bersama dan bersatu di sebabkan dua tali yang mengikat mereka, iaitu, tali keimanan dan tali ukhuwah islamiyah. Tegurlah sahabat dengan kerana kasihnya kita terhadap sahabat kita, di situ kemanisan iman dapat dicicipi. Bantulah dia andai dirinya tak mampu untuk melakukannya di waktu itu. Mungkin dirinya sudah melakukan di tahap yang semaksima nya mungkin namun masih menampakkan kekurangan.
Alhamdulillah, indahnya ukhwah yang bersulam cinta dan kasih pada Rabb nya.

Namun, pada setiap individu, setiap diri masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Berusaha lah sebaik mungkin untuk memberi yang terbaik. Akhirat itu pasti datang dan janji Allah itu pasti. Apakah sudah cukup dengan amalan-amalan harian?
Sudah memadai untuk bertemu Tuhanmu?



Di sebalik kemanisan iman ini juga, kita melihat ramai nya saudara-saudara kita yang mengalami kemelutan ekonomi, peperangan, pembunuhan jiwa, kemunduran, dan lain-lain. Mata yang memandang, berat lagi bahu memikul. Sedarkah kita, tiap saat saudara kita di Somalia, di Yaman, di Syria yang sedang diulit dengan kelaparan dan das-das tembakan? di Palestin yang tak pernah-pernah surut merasai penderitaan? Masihkah kita yang berada selesa dan mendapat nikmat secukupnya berpeluk tubuh, membiarkan saudara-saudara kita dalam sengsara?..tiada apa pun sumbangan untuk mereka?.. Andai tak mampu untuk ke sana, ringankanlah tangan untuk membantu walaupun cuma derma, ataupun sedikit masa dan tenaga untuk mendoakan dan mengimpikan untuk membantu mereka.

Suburkan iman di dada, lahirkannya pada lidah dan amal kita. Menyubur cinta di dalam ukhuwah sesama sahabat dan saudara-saudara kita, inshaAllah, bersama merasai kemanisan iman (halawatul iman) =)

Jumaat, 18 Februari 2011

CINTA RASUL




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih berpeluang merasai nikmat iman dan Islam. sudah hampir 2 bulan, 2011 menjenguk, apakah diri masih di takuk lama?..berterusan dalam jahiliah yg sama?..semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini..






Masih lagi berada dalam bulan rabi'ul awal, bulan yang sangat popular dgn bulan maulud.. Bersabda Rasulullah saw ketika duduk-duduk bersama sahabat baginda saw: "“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku" bertanyalah sahabat-sahabat baginda r.a: "Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” "Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum pernah melihatku"..Rasulullah saw menyambung.. Rasulullah saw, merangkap kekasih Allah, tak pernah alpa pada umat baginda..

Sebelum diangkat menjadi rasul, telah hadir rasa kasih baginda kepada umat, utk membawa umat ke arah mentauhidkan Allah.

Namun, apakah cinta dan kasih baginda mendapat balasan yg setimpal daripada umat baginda?.. Pada setiap bulan maulud, diadakan perarakan, berselawat ke atas baginda saw. Alhamdulillah, bersyukur kerana dalam umat akhir zaman ini, masih ada lagi golongan muda yg ingin turut menyambut hari kelahiran baginda saw. Namun, apakah hanya itu wasilah untuk melahirkan rasa cinta kita kepada baginda?..

Seringkali kulihat, biarpun sudah berpuluh-puluh tahun kita menyambut maulidaur rasul, tetapi, keadaan umat seakan-akan sama, tidak ada penambah baikan dari mutu akhlak, tidak ada penambah baikan dari keinginan meruntuhkan hawa nafsu. Andai nya rasulullah saw bersama kita di saat ini, bagaimana kah perasaan baginda ketika melihat umat baginda?..apakah ini balasan kasih umat baginda terhadap baginda?

Menyingkap sirah-sirah perjuangan baginda dan sahabat2 r.a.
Di medan Badar, menyaksikan pertempuran antara pihak muslimin dan quraisy Mekah. Di saat umat Islam yang hanya 313 orang, tanpa alatan yang cukup, ada di antara tentera muslimin yang ketakutan untuk menghadapi tentera musuh. Namun, demi keimanan terhadap Allah dan Rasul, di kuatkan langkah, diteguhkan iman.

Berkata seorang lelaki ansar kepada rasulullah saw: "Sebenarnya kami telah pun beriman dgn kau wahai Rasulullah, kami membenarkan dikau, kami bersaksi bahawa apa yang engkau bawa itu adalah benar, telahpun kami memberi janji-janji untuk mendengar dan mentaati, ayuh teruskan wahai rasulullah. seandainya kau bawa kami merentasi lautan nescaya kami harungi, kami bersenang hati untuk bertemu musuh di hari esok."

Bagaimana pula kisah umar alkhottob yang sebelum islamnya beliau, sangat memusuhi rasulullah?..


Tetapi setelah islamnya beliau, di hari kewafatan rasulullah saw, beliau bangun dengan mengacukan pedang: "sesiapa yang mengatakan bahawa rasulullah telah wafat, akan aku pancung dengan mata pedangku!!"

Begitulah kisah cinta sahabat2 baginda saw..yang menggentarkan hati dan iman kita. Begitu juga kisah cinta sahabat-sahabat baginda saw yang lain, Abu Bakar Assiddiq, Thalhah Bin Ubaidillah, Abu Ubaidah AlJArrah, Ali Bin Abi Thalib..

Dengan perasaan cinta dan kasih terhadap Rasulullah dan keimanan kepada Allah, teruslah berjuang sahabat-sahabat baginda a.s..sehingga Islam tersebar ke marata-rata dunia hingga ke hari ini.


Bagaimana pula cinta kita kepada Rasulullah jika dibanding dengan cinta dan kasihnya sahabat-sahabat baginda terhadap baginda?