Jumaat, 18 Februari 2011

CINTA RASUL




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih berpeluang merasai nikmat iman dan Islam. sudah hampir 2 bulan, 2011 menjenguk, apakah diri masih di takuk lama?..berterusan dalam jahiliah yg sama?..semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini..






Masih lagi berada dalam bulan rabi'ul awal, bulan yang sangat popular dgn bulan maulud.. Bersabda Rasulullah saw ketika duduk-duduk bersama sahabat baginda saw: "“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku" bertanyalah sahabat-sahabat baginda r.a: "Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” "Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum pernah melihatku"..Rasulullah saw menyambung.. Rasulullah saw, merangkap kekasih Allah, tak pernah alpa pada umat baginda..

Sebelum diangkat menjadi rasul, telah hadir rasa kasih baginda kepada umat, utk membawa umat ke arah mentauhidkan Allah.

Namun, apakah cinta dan kasih baginda mendapat balasan yg setimpal daripada umat baginda?.. Pada setiap bulan maulud, diadakan perarakan, berselawat ke atas baginda saw. Alhamdulillah, bersyukur kerana dalam umat akhir zaman ini, masih ada lagi golongan muda yg ingin turut menyambut hari kelahiran baginda saw. Namun, apakah hanya itu wasilah untuk melahirkan rasa cinta kita kepada baginda?..

Seringkali kulihat, biarpun sudah berpuluh-puluh tahun kita menyambut maulidaur rasul, tetapi, keadaan umat seakan-akan sama, tidak ada penambah baikan dari mutu akhlak, tidak ada penambah baikan dari keinginan meruntuhkan hawa nafsu. Andai nya rasulullah saw bersama kita di saat ini, bagaimana kah perasaan baginda ketika melihat umat baginda?..apakah ini balasan kasih umat baginda terhadap baginda?

Menyingkap sirah-sirah perjuangan baginda dan sahabat2 r.a.
Di medan Badar, menyaksikan pertempuran antara pihak muslimin dan quraisy Mekah. Di saat umat Islam yang hanya 313 orang, tanpa alatan yang cukup, ada di antara tentera muslimin yang ketakutan untuk menghadapi tentera musuh. Namun, demi keimanan terhadap Allah dan Rasul, di kuatkan langkah, diteguhkan iman.

Berkata seorang lelaki ansar kepada rasulullah saw: "Sebenarnya kami telah pun beriman dgn kau wahai Rasulullah, kami membenarkan dikau, kami bersaksi bahawa apa yang engkau bawa itu adalah benar, telahpun kami memberi janji-janji untuk mendengar dan mentaati, ayuh teruskan wahai rasulullah. seandainya kau bawa kami merentasi lautan nescaya kami harungi, kami bersenang hati untuk bertemu musuh di hari esok."

Bagaimana pula kisah umar alkhottob yang sebelum islamnya beliau, sangat memusuhi rasulullah?..


Tetapi setelah islamnya beliau, di hari kewafatan rasulullah saw, beliau bangun dengan mengacukan pedang: "sesiapa yang mengatakan bahawa rasulullah telah wafat, akan aku pancung dengan mata pedangku!!"

Begitulah kisah cinta sahabat2 baginda saw..yang menggentarkan hati dan iman kita. Begitu juga kisah cinta sahabat-sahabat baginda saw yang lain, Abu Bakar Assiddiq, Thalhah Bin Ubaidillah, Abu Ubaidah AlJArrah, Ali Bin Abi Thalib..

Dengan perasaan cinta dan kasih terhadap Rasulullah dan keimanan kepada Allah, teruslah berjuang sahabat-sahabat baginda a.s..sehingga Islam tersebar ke marata-rata dunia hingga ke hari ini.


Bagaimana pula cinta kita kepada Rasulullah jika dibanding dengan cinta dan kasihnya sahabat-sahabat baginda terhadap baginda?