Ahad, 23 Mei 2010

Akses Iman

Bismillahirrahmaanirrahim..
Alhamdulillah 3x, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad Saw, khatimul anbiya' dan suri teladan agung.

"istighfar itu mampu menghapuskan dosa di samping memperbaharui taubat dan iman"..kata-kata yg masih terngiang-ngiang di telinga dan lubuk hati. Dalam surah al-imran:135:

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)"

Manusia yang sememangnya mempunyai unsur hawa nafsu atau sememangnya kelemahan setiap yg bergelar hamba, tidak dapat lari dari membuat kesalahan. Namun, apa yang penting, sentiasalah istighfar atas kesilapan-kesilapan lalu. Sesungguhnya Allah akan mengira setiap yang kita lakukan walaupun sebesar zarah. Andai setelah itu masih juga berbuat salah, teruskanlah beristighfar dan memohon ampun, jangan putus asa. Yakinilah, rahmat Allah maha luas, terpulang pada diri kita mahu mencapainya ataupun tidak.