Sabtu, 23 Oktober 2010

antara kaca dan mutiara


bismillah..

alhamdulillah, pagi smalam Allah beri peluang utk bermusafir dgn adik2 comel ke amman. melawat gua ashabul kahfi dan mudarraj rumaniy..

di colleseum yg besar ku perhatikan keunikan ciptaan tamadun rom suatu masa dahulu, namun tamadun yg besar itu tidak mampu mngalahkan tamadun islam yg hanya stahun jagung pada ketika itu.

udara nyaman di pagi hari, membuatku terfikir sejenak..

"manusia yg hanya maju dari segi akal dan jasad, tp kosong dari kemajuan roh.."..teringat bicara sahabat semalam..

akhirnya..kemajuan manusia tak mampu dibentuk.

teringat kata-kata Allah swt dlm surah alan3am: "segala puji bg Allah yg telah menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, namun demikian org-org kafir masih mempersekutukan Tuhan mereka dgn sesuatu"

kemajuan sesuatu tamadun akan lebih maju dgn Islam. begitulah konklusinya.

manusia terdiri dpd akal, jasad, hati..bilamana komponen2 ini kosong dari roh islam, manusia itu lemah, dan kemajuan sesuatu tamadun manusia turut rapuh.


ku lihat, hari ini ramai manusia-manusia yg kosong..


ya Allah, smoga aku mampu mengembalikan manusia2 yg kosong ini kpd Islam yg sebenar..

Ahad, 23 Mei 2010

Akses Iman

Bismillahirrahmaanirrahim..
Alhamdulillah 3x, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad Saw, khatimul anbiya' dan suri teladan agung.

"istighfar itu mampu menghapuskan dosa di samping memperbaharui taubat dan iman"..kata-kata yg masih terngiang-ngiang di telinga dan lubuk hati. Dalam surah al-imran:135:

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salah dan akibatnya)"

Manusia yang sememangnya mempunyai unsur hawa nafsu atau sememangnya kelemahan setiap yg bergelar hamba, tidak dapat lari dari membuat kesalahan. Namun, apa yang penting, sentiasalah istighfar atas kesilapan-kesilapan lalu. Sesungguhnya Allah akan mengira setiap yang kita lakukan walaupun sebesar zarah. Andai setelah itu masih juga berbuat salah, teruskanlah beristighfar dan memohon ampun, jangan putus asa. Yakinilah, rahmat Allah maha luas, terpulang pada diri kita mahu mencapainya ataupun tidak.